Selamat datang....Welcome...Irrashaimase....

Here is the place where I jot down my creative writing. Be it in Bahasa Malaysia or English, it's still come from my sometimes dysfunctional brain. Hope you enjoy your visit to this site. I will try to update or write often :). Have a nice day

Monday, May 2, 2011

Ayu Rania 2

Marini sudahpun beberapa tahun di kilang tersebut jadi tidak hairanlah jika jawatannya sedikit tinggi daripada Rania. Marini adalah penyelia bahagian dan Rania pula ialah seorang 'line leader.' Setelah mereka bersedia di tempat masing-masing ketua penyelia memeriksa sektor-sektor memastikan yang tiada stesen-stesen yang ditinggalkan. Ketua penyelia inilah diberi gelaran Naga Merah oleh mereka berdua kerana suka menengking jika ada yang tidak kena di matanya.

"Cik Ayu Rania,"tegurnya tegas ketika memeriksa sektor Rania.

"Ya, Encik Naga,"jawab Rania selamba. Terbeliak biji mata Marini mendengarkan cara Rania membalas panggilan Ketua Penyelia, Nazren Omar.


"Apa yang awak panggil saya?"

"Apa yang Encik Nazren dengar?" balas Rania selamba

"Awak panggil saya Encik Naga?"tanya Nazren meninggikan suaranya. Ada tersipu-sipu, ada yg menahan gelak, ada yg ternganga tidak kurang juga yg tersenyum sinis. yang pasti Ayu Ranialah yang paling selamba.

"Saya panggil encik, Encik Naga? encik salah dengar kot," balas Rania. Nazren terdiam. dia hanya menunggu kata-kata seterusnya daripada Rania. "Kalau encik tak percaya tanya orang sebelah encik tu,"kata Rania menunnjuk kepada Marini. Jantung Marini terasa seperti gugur ke lantai. kesemua mata memandangnya. Rani menyimpan senyumnya.

"Err Encik Nazren saya, saya rasa encik salah dengar," jawab Marini.

"Tengok, cik Marini pun kata encik dengar salah," tambah Rania.

"Habis apa awak yang katakan tadi?" tanya Nazren lagi.

"errrr Encik suka buah naga tak?" kelintong Rania lagi. Wajah keruh Nazren bertukar neutral.

"Oh suka....kenapa?"

"O sebenarnya tadi Cik Mar kita ni nak beli buah naga untuk cik tapi dia takut encik tak makan pula buah tu." Pantas saja Rania menerangkan. Marina terasa nak menjerit pun ada kerana merasa malu diusik Rania begitu.

Nazren berpaling kepada Marini. "Betul Cik Marini?"

Marini hanya senyum terpaksa. Di dalam hati rasa nak marah pun ya kepada Rania,kasihan pun ada menengok Rania memperbodohkan insan yang paling kurang digemari di kilang itu.

"Encik, jurutera dah beri isyarat supaya shift dimulakan," jawab Marini. Nazren mengangguk tanda dia mengerti. Langkah Nazren dipantaskan supaya shift boleh dimulakan. Marini kelegaan. Rania tersenyum kepuasan.